Minggu, 01 April 2012

Kata - Kata Mutiara

Kata - Kata Mutiara


Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca.
kerana membaca itu sumber hikmah.
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,
menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan
menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.



Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. 
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.


Hidup memerlukan pengorbanan.
pengorbanan memerlukan perjuangan.
perjuangan memerlukan ketabahan.
ketabahan memerlukan keyakinan.
keyakinan pula menentukan kejayaan.
kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.


Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri.
Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri


Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita.
Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya.
Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita.
Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan. 


Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, 
tapi kita hanya diberi 1 buah mulut.
Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam,
mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda,
dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan.
Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar